Wednesday, November 14, 2012

Tuesday, November 6, 2012



Bismillah


Ya Allah,

Andai sahabatku resah,
 tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma'rifahMu.

Andai dirinya terancam,
 lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu.

Andai tubuhnya kedinginan,
 selimutkanlah kehangatan kasih sayangMu.

Rindukan jiwanya dengan saat bertemu denganMu.

Ya Allah,

Jangan Kau biarkan hati, jiwa mahupun jasadnya terpesona dengan duniawi.

Khusyukkan hatinya dalam rukuk dan sujudnya menghadapMu.

Berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepadanya.

Amin~

Thursday, November 1, 2012

INCEIF 4th Convocation



Bismillah


Hyeee abang handsommmeee. *Gaya pondan lambai tangan*

Okey. Itu abang kedua aku. Alhamdulillah dia sudah berjaya menamatkan pengajiannya dalam peringkat master. Master kotttt. Aku Diploma pun tak lepas lepas lagi. Allahu.

Tanggal 20 Oktober 2012 bertempat di Dewan Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia merupakan hari konvokesyen abang Suhail. Ya, kali ini abang Suhail konvo dengan adanya seorang isteri dan anak yang tersayang. Sebelum ini konvo degree masih bujang lagi. Hehehe. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. 

Macam biasa la setiap kali konvo ayah ibu sahajalah yang akan pergi pada awal pagi kerana hanya ayah ibu sahaja yang akan masuk ke dewan tersebut. Lagipun aku pernah sekali sahaja masuk dewan konvo waktu abang Suhail konvo degree dahulu. Mengantuk yang amat. Lama sangat. Dan ianya sangat bosan. Hihihi. 

Pada masa yang sama juga aku mengambil alih kerja ayah ibu dalam menguruskan Firash yang tak sihat di rumah. Memang mencabar ya. Ibu siap pesan

"Jangan beri Firash susu. Nanti dia muntah. Beri air suam saja"

Tak sampai 10 minit ibu pesan, aku terus bagi Firash susu. Tak sampai hati tengok Firash menangis nak ashemey dia. Alhamdulillah Firash tak muntah walaupun dia batuk teruk macam nak muntah. 

Hmm

Disebabkan aku dan abang Epah tiada untuk menembak gambar sebelum majlis bermula, tapi ibu ada untuk membantu. Okey. Baru tahu ibu hebat juga tembak gambar. 

In the making

Memasing gembira sakan tersenyum lebar. Gambar di bawah tu aku akui betapa rendahnya abang Suhail disamping sahabat sahabat perjuangannya. Untuk pengetahuan, INCEIF ini pelajar semuanya International. Pelbagai jenis warna kulit, agama dan bangsa ada. 

Konvo pada hari itu terdiri daripada pelajar Master dan PhD. Menurut kata ayah, hanya ada 100 lebih pelajar sahaja yang konvo pada hari itu. Tak ramai pun. 

Suasana di dalam dewan


Gambar ketika penyampaian scroll tidak dapat di kesan. ;)

Left : Dr. Daud Vicary, The President. RightY. M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz, Governor of Bank Negara Malaysia.

Ayah meet his friend there Dato' Wan, The Former Director General of JAKIM 

From left : with Prof. Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi, The Chief Academic Officer (CAO) | with his supervisor, Pn Norhanim | with Asmawi, PKPIM Junior

From left : with Prof. Abbas Mirakhor, superb scholarl in Islamic Finance world | with Dr. Daud | with Mr. Hamdan, his lecturer


From left : with Hj. Zainal | with Dr. Pisal | with Hj Rashid. All of them is his lecturer.

Seronok bukan melihat mereka yang sudah berjaya. Alhamdulillah. 

Aku, abang Epah, kak Nadzifa serta kekanak riang hadir setelah selesai majlis. Ya. Majlis makan makan kami join. Heheh. Satu family boleh makan apa sahaja yang di sediakan. Memang banyak sangat juadah yang disediakan. Daripada makanan ringan sehinggalah makanan berat. Makan sampai muntah pun tak apa. Semuanya halal.


Ignorekan muka perempuan baju purple tu. Tak tahu nak makan apa. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Rambang mata tengok makanan. Kehkehkeh. Padahal sebelum datang sana sudah sarapan. Buruk perangai. Eh, kakak ipar dibelakang tersenyum kegirangan dapat makan lagi. Hehehe

" Haloooo. Saya Sahal Najla yang badan kecil tapi kuuaatttt makan. Ya, saya lah orangnya. Lai lai beri makanan sedap sedap pada saya. "

Setelah di amati betul betul, semua gambar Najla pasti sedang makan. Paling paling kurang mesti ada makanan di tangannya. Gamba dari dulu sampai sekarang dengan makanan. Haiyya. 

Sementara menunggu makanan lain yang diambil oleh ibu, tembak gambar sesiapa yang berkenan. Inilah hasilnya. Moh cuci mata.




Kata abang Suhail

' Dengan mereka yang mendidikku sehingga berjaya, ayah dan ibu yang tersayang '


Tak dilupa juga isteri dan anak yang tersayang kan abang Suhail? Bekerja, belajar dan meluangkan masa bersama keluarga. Ya. Itu semua perlu dibahagi samarata barulah kejayaan dapat dikecapi dengan jayanya.


Kali ini abang Suhail konvo, aku malah sesiapa pun tidak beri bunga tanda kejayaan kepada abang Suhail. Abang Suhail pun tak mahu sebab ini kali kedua dia konvo. So,bunga itu tidak penting bagi dia kerana keluarga disisi lagi penting.  =)

Gambar whole family except abang Ammar dan kakak. Jangan ditanya kenapa Firash begitu. Al maklumlah, orang tak sihat pandang apa pun sampai naik senget kepala. 

Posing outdoor di luar dewan sahaja. Tak adanya abang Suhail nak shoot gamba dekat taman ke apa ke. Waktu degree dulu boleh la. Now dah ada anak, shoot ala kadar sahaja la ya. Heee.  



| Conratulations abang Suhail | 
| INCEIF 4th Convocation |
 | Graduated! Charted Islamic Finance Professional |

p/s : Ibu teringin nak tengok aku konvo. Diploma belum habis lagi ibu.
Related Posts Plugin for Blogger