Tuesday, September 25, 2012

Reminder



Bismillah


September 25 KLCC 2 years

p/s : Siap letak dekat reminder tarikh ni ya awak. TQ ingat kan saya.  

Saturday, September 22, 2012

SEKALI TER



Bismillah

 
Selamat ber-study week ya warga warga UiTM di seluruh Malaysia. Final exam bakal menghantui diri kalian. 

Mari lah kita bersama sama berusaha sehabis baik untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang untuk semester ini.
InsyaAllah

Okey.

Budak yang konon konon comel dekat bawah ni nak wish something untuk semua warga UiTM yang hadapi Final Exam started by 1st October 2012.


Kawan -kawan,
 gunakanlah masa yang diberikan selama seminggu untuk study week itu sebaik baiknya. 

SEKALI KITA 

TERLALAI, 

TERTANGGUH,

 TERTUNGGAK,

 TERLEKA,

 TER semua yang ter, 

SEKALI 
itu juga la yang bakal merosakkan keputusan kita untuk semester ini. 

Trust me!

Jangan menyesal di kemudian hari.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita untuk belajar serta menjawab final exam dengan baik. Mari kita sama-sama berdoa antara satu sama lain.  

Wish the best of luck to all of you!

p/s : you! Yes you! Please cheer me up. :'(

Monday, September 17, 2012

Pon Pon Pon Pontian



Bismillah

Tempek satu gambar kawen Wawan di rumah pengantin perempuan.


Nantikan entry seterusnya akan datang.

Stay tuned bebeh!

p/s : Belum matang, tak boleh kawen!

Friday, September 7, 2012

Bendang


Bismillah

Semakin hari semakin busy untuk menyiapkan assigment yang berlambak bagai gunung, test yang sering buat aku sakit kepala, quiz online yang sering aku terlupa serta yang paling aku gerun ialah untuk menghadapi final pada awal bulan Oktober ini. Sungguh cepat masa berlalu pergi. Ilmu yang aku perolehi pada sem ini belum cukup sepenuhnya lagi. 

Petang petang yang panas begini ditemani bunyi kipas di dalam bilik kolej telah memaksa aku untuk update blog yang telah sekian lama tidak di update. Cerita cuti sem lepas baru nak update hari ini. Nampak kan kesibukan aku sekarang. Al maklum la, pelajar. Beginilah.

Bulan sebelum ini aku ada update mengenai Kuala Sanglang bukan? Sekarang nak update pasal bendang di Kuala Perlis. Ya, aku sangat suka dengan suasana bendang. Tenang. Nyaman. Sejuk. Arghhh. Seronok. 


Aku dan teman yang lain bergambar di bendang yang tidak kami ketahui siapa tuan empunya. Tapi permandangan tersangat cantik kerana di seberang sana ada laut terbentang luas. SubhanaAllah. Indah sungguh ciptaan Allah. 


Okey. Tempek satu gambar tuan empunya blog yang konon konon ayu buat tatapan kalian sebelum scroll ke bawah. Itu adalah senyuman kegembiraan, ikhlas yang lahir dari hati yang tulus mulus lagi suci. Hihihi. Sebenarnya gembira sangat sebab Aten, Fad and Dayah telah melaksanakan keinginan aku untuk menjejakkan kaki di bendang. Pertama kali tahu. Pertama kali! Ya Allah, kecoh orang bandar jalan dekat tepi bendang. Hahaha.

Panas terik telah membuatkan Dayah ingin turun masuk ke bendang. Tapi tak ada air pun. Kering kontang habaq hang. Dia ajak aku tapi macam biasa aku tak berani. Takut terpijak tempat yang agak agak lembab yang boleh mengakibatkan kaki aku kena lumpur. Eh, bendang ada lumpur ke? Hmmm.


Itu Aten yang tak tahan panas macam aku. Tapi aku relax lagi. Padahal dah berpeluh peluh bagai. Panas panas. Ini baru panas dunia ya. Panas sana lain pula. 


Kenapa Dayah dengan adik dia je yang focus pada camera? Haihh. Ampa dua ni gila camera ka? Ish ish ish.Thats not good ya. ;) Aten, what wrong with you? Orang lain semua berdiri tahu. =P And you Fad, kenapa tak cakap nak ambil gambar haaa? Amboiii. Sengaja kan uolls! 

Guys, you know what I feel at this time?

 
And at this time.


Gayat and teruja okey bila dapat berdiri di tengah tengah bendang. Sebab itu gambar yang ada muka aku semua macam over eksaited gitu. Eh, bukan macam tapi memang eksaited. Sebenarnya malu nak tempek gambar atas ini buat tatapan kalian sebab rasa macam akan ada orang muntah pelangi bila tengok aku posing gitu. Ya Allah. Tolong scroll laju laju ya.

Btw, bakal suami nanti kita kahwin I nak photoshoot dekat bendang with baju pengantin okey. Wah, so romantic!! Kehkehkeh. *rabbitface*


Haaaaa. Aku tahu apa yang berlaku waktu ini. Tapi aku tak ingat apa kata laluan yang perlu di sebut kalau nampak something wrong pada Dayah. Alaaaa. Rugi tak dapat tulis kata laluan tu. Ishh. 

Mari mari tatap wajah mereka mereka yang aku sayang. Jangan lupa baca info yang tertera di bawah gambar masing masing. 

Name : Nurul Hidayah binti Muhd Khazi
Age    : 20 years old
State  : Di atas muka bumi sebelah Utara Malaysia. Belajar di sebelah Selatan Malaysia.
Status : Masih mencari.

Name : Fathin binti Nordin
Age    : 20 years old
State  : Atas muka bumi sebelah Utara Malaysia tapi belajar di sebelah Selatan Malaysia.
Status : Dalam dilema.

Name : Nurul Nadia binti Muhd Khazi
Age    : 16 years old
State  : Atas muka bumi sebelah Utara Malaysia.
Status : Berpunya barangkali

Name : Nur Fadhliah binti Muhd Amir
Age    : 20 years old
State  : Menetap dan belajar di Utara Malaysia
Status : Dah berpunya *sure 100%*

Hmm. Baru tahu bahawasanya kawan kawan aku ini memasing dah berpunya. Untungla uolls! Jangan lupa jemput kawen nanti ya. Nak jadi pengapit, dapat duduk atas pelamin. Hihihi.

Tapi tapi tapi. 
Kalau nak kawen, tolong ubah perangai kalian yang suka membuli kawan sorang ni. Kesian tau. Nanti your future husband cuak nak kawen dengan gadis pilihan mereka. Fuhhh.

Aku selalu tempek gambar sendiri yang ala ala comel gitu. Tapi hari ini, tidak. Aku nak tepek wajah yang huduh piang. Haaaa. 


Terserlah dengan jelas tahap 300% gigi depan ku. Ya ampun. Kalau ampa dok kata hat gambaq ni comei juga, kami tak boleh nak kata apa dah. Pandangan masing masing kan. ;)

Banyak gambar sewaktu di bendang tapi aku tak larat nak upload semua sebab banyak gambar aku. Malu nak tempek dekat sini. Malu!! 

Last but not least, Thanks a lot girls. Next time ampa datang Melaka, Tqa bawa jalan jalan pula okey. Tapi jalan jalan by bus la ya sebab Tqa tak tahu nak drive. Lagipun tiada lesen. Muehehe.


Love all of you much!!! xoxo

p/s : Rindu semua.
Related Posts Plugin for Blogger