Bismillah
Terima kasih ya Allah kerana masih memberi aku peluang untuk menikmati kenikmatan kehidupan diatas muka bumi Mu ini. Alhamdulillah, tanggal 03hb Ogos 2012 bersamaan 14 Ramadhan 1433 Hijrah genaplah umur aku 20 tahun. 20 tahun ya pakcik makcik kakak abang adik adik sekalian. Walaupun umur sudah genap 20 tahun, muka, badan masih nampak macam pelajar sekolah. *jejoget* But, age is just a number. Trust me!
Sempena hari kelahiran tahun ini, ayah ibu ada buat makan makan semasa berbuka untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah, kami semua dapat berkumpul bersama sama pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Bukan senang nak berkumpul beramai ramai begini. Riuh rendah rumah dengan adanya anak anak buah yang aktif.
Antara juadah yang di hidangkan ialah
Buah Tamar
Hidangan wajib.
Nasi Hujan Panas
Alhamdulillah nasi ini sedap bila di makan dengan lauk pauk yang disediakan.
Daging masak kuzi
Makan sehingga menjilat jari.
Acar
Lebih sedap dari kenduri kahwin.
Telur masak Kurma'
Nampak sedap tapi bila rasa lagi sedap!
Kuih Seri Muka
Homemade by ibu. Lebih sedap dari bazaar ramadan.
Sememangnya abang abang serta kakak ipar semua bertambah tambah makan. Mungkin kerana terlalu rindu masakan dari air tangan ibu barangkali. Masakan ayah ibu memang tempat pertama dihati kami adik beradik. Erkkk. Ayah pandai masak? Ya! Ayah aku sangat pandai masak. Dan masakan ayah juga sesedap masakan ibu. Alhamdulillah. ;)
Usai solat sunat Tarawih, aku diberi kek khas dari kak Nadzifa. Fuhhhh. Dup dap dup dap juga nak buka kotak kek sebenarnya.
Kalian mahu tahu apa isinya?
Ini dia.
Red Velvet Cake
Ini juga homemade by Kak Nadzifa. Tergamam juga dapat kek sebesar dan setebal ini. Syukur Alhamdulillah. Bukan senang nak makan kek sesedap ini hari hari biasa. Kreatif sungguh kakak ipar aku seorang ini. Rasa sayang pula nak potong kek dan makan. Cantik sangat!
Perkara wajib dilakukan sebelum kek ini dipotong ialah aku perlu menembak gambar kek tersebut untuk update di Instagram. Hehehe
Its time for potong the cake bebeh. Yeayh!!
Memotong kek perlulah dalam keadaan tenang dan sesopan yang boleh.
Selamat Menjamu Mata melihat gambar kek di atas ya kalian. Maaf, nak bagi rasa jauh sangat. Heee.
I should be grateful with my life for having nice family and people around. Thank you for all the wisheh and the du'a at fb wall, twitter, whatsapp, message and call. May Allah make your life happier just like how you guys made me so happy on my birthday.Ya Allah, Thank you so much everyone. I feel so much blessed Alhamdulillah.
Much Love All Of You! ♥♥♥
Thank you for reading this entry.
p/s : Mari mendekatkan diri dengan Allah swt pada bulan Ramadan yang mulia ini.