Tuesday, March 27, 2012

Buah hati baru



Bismillah


Mendapat khidmat pesanan ringkas daripada abang sulung aku. Alhamdulillah, bertambah lagi seorang anak buah. 

Usai sahaja aku menjawab paper final yang terakhir, terkocoh-kocoh aku pulang ke hostel kerana terlebih excited nak pulang ke rumah lantas bertemu dengan ahli baru keluarga kami.Nasib baik ayah Yani ada dekat dewan tika itu. Dapatlah tumpang. Heee. Aku beriya angkat segala khazanah aku dalam bilik untuk di bawa pulang ke rumah. Iya la, cuti semester sudah bermula kan. Dua bulan pula tu. Lamaa!

Kebetulan saat aku sibuk nak kemas barang dalam kereta, ibu beritahu selepas ini perlu ke hospital untuk tengok Kak Nurul. Nehaaaaaa. Lagi bersemangat la aku susun atur segala barang. Tak pandang kiri kanan dah. Hahaha.

Sampai di hospital, terus ke wad bersalin dan di situlah buat pertama kalinya aku menatap wajah si kecil Harraz ini. Aduhaii. Sungguh comel kamu Harraz. Nyenyak pula tidur. Arghhh. Rasa macam nak bawa lari ke rumah terus. Heeee. 

Nasib baik malam itu kak Nurul discharge dari hospital tersebut. Untuk makluman kalian, kak Nurul berpantang di rumah aku. Itu bermakna aku boleh la nak gomol si kecil itu setiap hari. Hehehe. Okey! Terlebih teruja pula.

Mari tengok muka baby baru ini.


Nama yang diberi ialah Muhammad Harraz bin Muhammad Ammar. Actually, nama tersebut telah lama abang aku jumpa dan dia nekad untuk beri nama itu pada anaknya. Kebetulan pula sewaktu kak Nurul mengandung, abang Ammar dan isterinya memang sudah memanggil bayi di dalam perut dengan nama Harraz.

Harraz maksudnya yang warak.


Harraz tak banyak ragamnya. Dia hanya akan menangis pabila haus dan BO sahaja. Dia banyak tidur. Ala, biasala kan nama baby. Agak susah nak dengar dia menangis. Heeee.

Sangat gembira dapat anak buah. Itu bermakna aku telah mempunyai 3 orang anak buah. Sangat sweet!!!

Okey baby, maksu harap kamu akan menjadi seorang yang soleh pabila besar kelak ya.
InsyaAllah
=)


Terima kasih Ya Allah 


p/s : bila entah nak dapat anak sendiri. uppssss.

Sunday, March 11, 2012

Hyee, Final exam!


Bismillah

Pejam celik pejam celik dah nak FINAL EXAM. 

Haaaaa.

Final exam??

Biar betul??

Erghhhhhh.
 Ilmu di dada tak cukup lengkap lagi nak jawab final nanti ni.

Ya Allah, kau bantulah hambaMu ini untuk menjawab soalan-soalan final nanti dengan jayanya.
Ameen~

Ehem ehem.




Final exam aku akan start pada hari esok iaitu 12hb Mac 2012. Nasib baik setiap hari hanya ada satu paper. Heeee. Paper last aku adalah pada 25hb Mac 2012. Sekejap rasanya masa berlalu. 

Sekejap ke lama ke hape ke aku belum lepas lagi menjawab apa-apa paper sekarang ini. 
Iya la, examnya belum start lagi kan. 
Huhuhu.

Ehem ehem



To all my classmates,
Di sini Tqa ingin memohon maaf diatas segala silap sepanjang kelas kita ya walaupun Tqa tak banyak cakap dalam kelas tu. 

Bak kata Shahira Irwani 

Even ade yg tak satu kepala sangat , ad yg tak kawan sangat , tarik muka ke apa ke , serious , 2- rious , 3-rious , korg semua mmg best ." 


Seriusly, korang semua memang best sangat. Happy tak kira masa. Kalau setakat jeling-menjeling, bising-bising dalam kelas , dia perli dia, dia perli dia, itu semua perkara biasa kan. Heeee. I'll gonna miss all this moment time cuti sem nanti. Hehehe.


Guys,
Yang penting sekarang kita semua kena jawab final dengan yakin supaya dapat result yang gempak okey. InsyaAllah. Harap-harap apa yang kita dah belajar selama 4 bulan ini akan memberi kita peluang untuk mendapatkan resultyang terbaik bagi menyambung pelajaran kepada sem yang akan datang. InsyaAllah.



Last but not least, Good Luck kepada semua pelajar UiTM seluruh Malaysia yang bakal menduduki peperiksaan akhir pada bulan Mac ini. 


All The Best semua!!

Wish me Luck for my Final Exam ya.
Thank you.

Muaahhh Muuaahhh Muuahhh.

p/s: cepatla habis final. aku nak jumpa dia.
Related Posts Plugin for Blogger