Friday, February 25, 2011

Sem 3



Bismillah


Muka budak sem 3!!!

Alhamdulillah, aku dan rakan yang lain dapat memasuki sem 3 yang agak mencabar ini. Walaupun aku tidak sama kelas lagi dengan Nadhrah, Kak Dayah, Mia dan Nana tetapi aku masih ada Nadia, Amalina, Ura dan Shera.

Bukannya aku tak boleh hidup seorang diri dalam kelas ini, tapi bila ada rakan seperti mereka ada jugalah teman untuk bertanya tentang apa yang aku faham.

Sem 3 mempunyai 4 subjek iaitu Mikrobiologi, Kawalan Infeksi, Pemakanan, Anatomy + Fon.

Wohoh! Subjek agak tough sungguh lah. 
InsyaAllah aku boleh mengikuti akan apa yang aku pelajari untuk sem ini.

p/s : Chaiyok untuk membuat segala dressing..grrr..grrr..grrr..

Tuesday, February 15, 2011

Final exam kembali!!



Bismillah


Pengajian Islam on 16th February 2011
Osce on 17th February 2011
Sosiologi on 18th February 2011

Ya Allah! Kau tenangkan lah hati aku serta rakan yang lain semasa menghadapi final exam sem 2 kali ini. Mudah-mudahan aku serta yang lain dapat menjawab dengan baik.
Ameen~

Good Luck PICOMS student's!!

p/s : Wish me luck!

Monday, February 14, 2011

Awas! Jerat Valentine's day.


Bismillah

 
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam  Malaysia yang bersidang pada 22- 24 November 2005 memutuskan :
 
" Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak di galakkan oleh agama Islam ". 
 
MENGAPA?
 
* Bercanggah dengan syarak
 
Sabda Rasulullah s.a.w ;
 
" Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak "
 
* Kejatuhan kerajaan Islam Cordova pada 14 Februari 270M.
 
* Ikon Valentine's Day itu adalah seorang paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh         pada 14 Februari 270M.
 
Menyambut Valentine's Day bagaikan kita bergembira dengan kejatuhan Kerajaan Islam Cordova dan memuliakan kematian St. Valentine.
 
Usah kita ghairah menyambut Valentine's Day kerana ia seumpama mengagungkan agama lain melebihi Islam.Oleh yang demikian, awasilah jerat Valentine's Day.
 

"Ungkapan kasih sayang bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Ianya adalah sepanjang hayat" 
p/s : Jauhi Valentine's Day

Saturday, February 5, 2011

Selamat Hari Lahir



Bismillah

Happy Birthday Hafiz! 


You've been there
to laugh with me,
to be proud of me,
and to be happy
for all the good things in my life.
And, maybe even more importantly,
you've shared my disappointments
and listened
as I worked out
my thoughts and feelings
about so many things
that troubled me...

You're a very important part of my world,
and you always will be,
so I want to thank you now
and tell you that I hope
everything will always be right
with your world, too ...
because you're such a wonderful person.

Terima Kasih Atas Segalanya.

" Moga ukhuwwah fillah yang terbina kekal untuk selamanya serta mendapat redha Illahi & mendapat manfaat dariNya..."

" Moga kejayaan sentiasa mengiringi hidupmu "

Doakan kita bersama-sama menjadi seorang insan yang kamil... Insya Allah..

p/s : mahu kena baling telur + tepung tak, en Hafiz??

Wednesday, February 2, 2011

GONG XI FA CAI


Bismillah




Taaaraaaaaa...

Ibu aku sudah buat kuih tart sempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini.

Nyum..Nyum..Nyum..



Xin Nian Kuai Le

p/s : kalian bagaimana pula??
Related Posts Plugin for Blogger