Fuhhhh..Fuhhhhh..Fuhhhh.
Aish! berhabuk + bersarang dah blog aku kan?
Lama tak berblogging. Rindu rasanya.
Hmmm..
Ini sebuah perjalanan hidup aku apabila sudah berumur 18 tahun di mana sebuah landasan yang memerlukan aku berdiri di atas kaki sendiri dengan berbekalkan iman yang kukuh di hati dan kekuatan semangat yang sangat kental selama 3 tahun atau mungkin buat selama-lamanya.
1hb Julai 2010
Usai sesi pendaftaran di sana, aku terus ke hostel di temani oleh ayah, ibu, abang, kakak serta si kecil Firash untuk menghantar apa yang patut. Aku ditempatkan di sebuah rumah di tingkat EMPAT.
Memang menarik pemandangan di situ.
Kalian tak percaya? Cuba tengok gambar ini.
Di waktu tengahari.
Di waktu malam.
Maksud aku pemandangannya menarik kerana rumah jiran-jiran yang lain ada yang menghadap rumah orang indon dan lain-lain.
Tapi bila hari-hari tengok KLCC dan yang lain naik jemu juga rasanya.
Ini bilik dan katil aku.
Bantal peluk tak boleh tinggal ya!
Santapan jiwa dan hati setiap pagi dan malam.
Ini penting kerana ia akan membuatkan aku berasa lebih tenang, bersemangat dan berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan di dunia baru.
InsyaAllah~
Sebelum berpisah dengan Firash!
Minggu pertama aku berada di sana, aku berasa sedih sangat.
Setiap waktu dan saat aku pasti merindui keluargaku terutama sekali ayah dan ibu.
Sejujur-jujurnya, setiap kali aku message atau menghubungi ibu untuk bertanya akan hal-hal yang pihak kolej ingin ketahui pasti suara aku akan sebak dan air mata mula bergenang apabila mendengar suara ayah dan ibu di talian sehingga rakan yang duduk disebelah aku pun perasan.
Betapa aku sedih saat itu hanya Tuhan yang tahu.
Tapi aku tahu itu semua hanya mainan emosi semata-mata.
Emosi yang memanipulasikan diri aku sendiri untuk membuatkan aku down.
Tapi sekarang, aku dah bersemangat.
Aku ada teman-teman yang caring antara satu sama lain lebih-lebih lagi teman-teman serumah aku.
Kami sentiasa bersama walau dimana sahaja berada.
Perkara suka duka susah dan senang semuanya kami kongsi bersama.
Housemate aku ada 4 orang termasuk aku.
Semuanya dari lain-lain negeri iaitu Johor, Melaka, Selangor dan Perak.
Ini housemate aku, Fatin yang selalu membuatkan aku, Amira dan Nadrah sentiasa tergelak dengan gelagatnya.
Housmate yang gila-gila, Nadrah with Amira yang tak pernah kering gusi dengan pelbagai perkara.
10hb Julai 2010
Hari Sabtu, merupakan hari penutup hari Orentasi yang diadakan di Astaka, Tasik Titiwangsa.
Jam 7 kami sudah berada di sana dan sempatlah untuk masing-masing posing sana dan posing sini sementara menunggu senior-senior sampai.
Kalian tataplah gambar-gambar di bawah ini.
T-shirt kolej junior.
Aten, Ada, Atiqa dan Along.
Atiqa with Amalina.
Usai persembahan kami semua.
Aten, Atiqa, Amalina, Kakak, Syafiq, Kak Lia, Nadrah dan Kak Lin.
Menunggu makanan tegahari yang tak sampai-sampai, sesi menggelapkan kulit dibawah sinaran matahari.
Oren + Hitam = Pelatih Jururawat.
Separuh sahaja yang ada, yang lain hilang entah ke mana.
Minggu ini baru kami mendapat buku-buku yang memang tersangat berat.
Rasa macam nak tercabut saja tangan apabila ingin membawa buku balik ke rumah.
Buku semua tebal-tebal.
Separuh dari buku-buku yang wajib ada.
15hb Julai 2010
Kami dibawa ke bilik praktis untuk mempraktikkan cara-cara menukar cadar pesakit dan sebagainya.
Sementara menunggu teman-teman yang lain, aku, Nad dan Ama sempat berposing bersama Cik Ton yang hanya tinggal tulang kerana kurang mendapat perhatian dari kami semua. (pandai-pandai aku je)
Mereka yang terlalu fanatik dengan Cik Ton.
Kami sayang Cik Ton!
hahahaha..
" Apabila belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa "
p/s : entry yang tersangat ringkas kerana aku mengejar masa.