Monday, March 27, 2017

Pregnancy Moments

Assalamualaikum 

Amboiii. Setahun dah tak update blog. Bersawang dah haaa. Tahu tahu je dah ada baby. Heeee. Okay. meh sini nak coret pengalaman mengandung anak sulung gituhh.

Awal pregnant naik Cameron. Mabuk dasat time turun je. 

Tiqa dengan husband memang tak ada plan pun nak pregnant bila ke apa ke, semuanya kami serahkan pada Allah. Alhamdulillah lepas 2 bulan berkahwin Allah bagi rezeki diri ni pregnant anak sulung. Biasala mula mula pelik juga kenapa tak period period lagi padahal dah lewat berapa hari, minggu dah. Nak kata mual ke apa memang tak ada masa tu. Badan pun tak rasa lemah. Message ibu kakak kakak ipar beritahu and semua suruh beli pregnancy test. Husband pun gigih pergi farmasi beli pregnancy test. Esok pagi tu excited test and it's POSITIVE uolls! Alhamdulillah. Beritahu husband and macam biasa la dia ofkos happy kan. Tiqa pun beritahu ibu kakak ipar semua siap bagi gambar pregnancy test tu. Hahaha. Excited tu lain macam rasanya.

Lepas 2 minggu, baru pergi klinik untuk scan betul ke tidak pregnant ni. Heee. Masa scan tu baru dapat tahu kandungan dah 5 minggu 6 hari. Alhamdulillah. Rasa macam tak percaya pun ada juga bila diri sendiri pregnant. Kejap kejap pegang perut. Hahaha


Kandungan dah 10 minggu baru pergi klinik kesihatan (KK) buka buku pink dan dapatla acid folik, iron tablet dengan vitamin B complex yang memang kadang kadang je makan sepanjang pregnant. Hahaha. Tapi setiap kali nak checkup memang pulun makan buah banyak banyak sebab nak bagi gula dalam darah cantik. Heee. Nasib baik KK dekat sangat dengan rumah, so bila checkup memang pergi sendiri, husband tak perlu teman sebab kalau teman pun bukannya boleh masuk tengok nurse doktor check apa. Alhamdulillah sepanjang pregnant tak ada alahan teruk teruk. Paling ada pun morning sickness itupun masa 1st trimester and 3rd trimester je.

Pertengahan bulan December refer ke Hospital Serdang sebab ada ketulan fibroid kecil sangat dekat dekat dengan rahim. Doctor cakap yang tu normal and bila kandungan makin besar, fibroid tu akan hilang dan yes Alhamdulillah memang hilang pun awal Januari lepas. Walaupun fibroid dah tak ada tetap kena continue checkup dekat hospital. Kiranya dalam sebulan Tiqa checkup 2x. Sekali dekat KK then selang dua minggu dekat hospital pula. Checkup dekat hospital husband memang akan teman sebab dia boleh masuk bila doc scan apa semua tu.

Kandungan ke 20 minggu kena minum air gula yang sedapppppp sangat tu pula dekat hospital sebab uterus besar dari tarikh. Macam macam hal sungguh. Nak minum air gula tu, procedurenya macam ni

12am puasa --> pagi ke hospital ambil darah & minum satu mug air gula --> balik rehat sejam (tak boleh makan minum lagi waktu ni) --> pergi hospital ambil darah --> selesai. 

Kalau masa rehat tu muntah, kena repeat minum air gula esoknya pula tau. Alhamdulillah, Tiqa berjaya mengharungi sesi minum air gula dengan jayanya. Hehehe. cumanya Tiqa kena minum air gula lagi masa kandungan 28 minggu sebab air mentuban pula banyak sangat. Keputusan 2x minum air gula tu Alhamdulillah semuanya normal.

1st time pregnant selera makan tu lain macam, asyik lapar je. Dapat pula husband pagi pagi dah sediakan sarapan then sebelum pergi kerja ingatkan makan makan dan makan. Lunch hour whatsapp tanya dah makan ke belum, balik kerja suruh makan, sebelum tidur malam tanya lapar ke idok, nak air milo cicah biskut tak. Hahaha. Caring betul. That's why la I gained weight a lot!!! 27kg okay naik sepanjang 39 minggu pregnant. Hahaha. Sampai takut nak pergi checkup timbang berat badan. Hikhikhik. Lagi satu, 39 minggu pregnant, tekak memang tak boleh terima lauk pauk yang ada santan, apatah lagi bau sebab nanti memang comfirm muntah teruk. Loya dia lain macam.


Sepanjang pregnant, setiap kali scan nak tengok baby girl ke boy dari awal sampai la nak bersalin memang tak nampak walaupun sikit. Baby asyik kepit kaki je. Tak bagi tengok. Tapi naluri seorang ibu memang rasa yang dibawa kehulu kehilir dalam perut adalah baby girl. Hehehe. Sebenarnya tak kisah pun baby girl ke boy ke yang penting sihat dan cukup sifat semuanya. Disebabkan tak tahu jantina baby apa, beli baju semua colour unisex. Memang banyak beli warna biru, kuning, putih. Baju warna pink beli sepasang je. Heeee.


24 minggu pregnant ikut husband outstation dekat Singapore. Perut time ni nampak tak nampak sangat. Tapi gigih berjalan sakan pergi sana sini naik and tukar MRT jauh jauh cari makan, makan angin. Memang puas hati betul dapat jalan kaki keluar peluh sampai mak lang bawa jalan jalan pun naik risau nak ajak jalan kaki jauh jauh. Heeee.


Sepanjang pregnant memang banyak sangat berjalan sana sini. Rajin betul pergi window shopping tak ingat dunia. Berjalan aje keje dengan harapan baby senang keluar masa nak bersalin nanti. Kebetulan husband pula memang rajin melayan wife dia jalan jalan, so peluang yang ada jangan dilepaskan okay. Hahaha. Cumanya nak pergi jalan tar tu je husband tak nak layan sebab sesak dengan orang katanya. Huuuu. Alhamdulillah bila banyak jalan tak ingat dunia, kaki memang tak bengkak langsung.

3rd trimester masa bulan Ramadhan Tiqa alami gatal gatal satu badan disebabkan pembawakan bayi. Menanges nanges tahan gatal sampai tak boleh tidur and tak boleh puasa. Makan pun tak selesa. Tahap kesabaran husband memang lebih tinggi dari gunung everest dengan kerenah Tiqa masa tu. Husband tidur, Tiqa kejut minta tolong dia gosokkan tempat gatal. Husband makan pun tak tahu la kenyang ke tak bila Tiqa asyik ganggu. Pergi klinik, dapat ubat sapu, makin jadi gatal. Pergi klinik swasta pun sama juga. Akhirnya balik Melaka pergi jumpa doktor pakar kulit. Alhamdulillah dengan izin Allah semuanya beransur pulih macam biasa 2 minggu sebelum bersalin. Hilang terus gatal gatal tu. Alhamdulillah.

Sebulan sebelum bersalin, sepanjang bulan Ramadhan memang berbuka minum air kelapa setiap hari. Sebab jangkaan bersalin pada raya Aidilfitri ke-2. Itupun husband rajin melayan bawa pergi bazaar setiap hari balik kerja. Untung betul bila pregnant ni. Ditatang bagai minyak yang penuh sungguh. Heee. Cumanya Ramadhan tahun lepas tak dapat nak puasa penuh sebab memang tengah tunggu hari dan bila puasa je rasa nak pitam, perut pedih lain macam sampai husband cakap kalau tak larat jangan seksa diri untuk puasa. Huhuhu. 


 2 minggu sebelum baby pop out sempat lagi balik Melaka jalan jalan dekat bandar, pergi bazaar Ramadhan Peringgit semua. Memang masa yang ada digunakan sebaik boleh. Perut memang besar.

Moment paling best masa pregnant ni bila baby dah mula gerak gerak dalam perut. Kadang kadang mengeras semua. Lagi best bila dah penat seharian nak tidur malam tetiba baby menendang. Waktu tu memang rasa serba salah nak tidur ke nak layan kejap baby dalam perut tu. Setiap hari pukul 6am, baby akan tendang tendang perut kejut bangun solat Subuh. Ya Allah rindu betul!!!

Terima kasih banyak banyak ayah ibu sebab sponsor barang barang persiapan baby dari A to Z semuanya. Terima kasih juga en husband sebab banyak bersabar melayan mood orang pregnant, tolong bersihkan setiap kali Tiqa muntah dan semuanya. Heee. Thank you Thank you. 

Ehem. Moment pregnant dah selesai cerita. InsyaAllah nanti esok lusa Tiqa update tentang moment bersalin pula ya.

Stay tuned uolls! 

Friday, February 26, 2016

Percutian ke Lombok Indonesia, Day 1

Assalamualaikum 

Tahun lepas Tiqa ada share pasal Persiapan Percutian ke Lombok Indonesia. So entry kali ni Tiqa akan share perjalanan hari pertama Tiqa dan suami di Lombok. Sebelum terlupa, suami dah tukar RM ke IDR dan USD sehari sebelum kami ke Lombok di Antaraduit Agensi Ampang Park. USD tu suami kata buat standby kot kot IDR habis ke kan. Currency kita pun tak cantik sangat sekarang, so bersyukur la dapat berapa pun. Huhuhu.

RM996.80 = 3,200,000IDR
RM297.65 = 71USD


Flight kami jam 08.35am pada 14 Oktober 2015. Alhamdulillah dan terima kasih pada ayah ibu mertua yang tolong hantar kami ke KLIA2 usai sahaja solat subuh. Suami dah buat web check-in (boarding pass) dan print out siap siap. So senang la terus check-in baggage. Lepas settle semua, perut haruslah di isi sebelum naik flight sebab kami tak ada beli makanan dalam flight pun. Bak kata suami, dalam flight nanti selain tengok seat depan kiri kanan dan langit biru luar tingkap, baik tidur kumpul tenaga nak berjalan dekat Lombok. Hihihi. One thing before naik flight yang wajib pergi adalah toilet. Macam biasa, suami cakap better pergi toilet before last check kastam sebab kami tak tahu ada toilet ke tak lepas final check tu. Macam Tiqa memang tak biasa dengan KLIA2, so memang akan ikut 100% apa yang suami cakap. Hahaha.

Suami cakap naik flight nanti tidur. Eh eh banyaknya suami cakap. Heee. Masalahnya tak boleh tidur. Bila cuba nak tidur, bau pula makanan yang penumpang lain makan. Ya Allah menggugat jiwa raga betul. Tiqa siap intai makcik sebelah suami makan apa. Bau sedap tapi makcik tu makan macam terpaksa je. Tengok seat sebelah sana makan menyelerakan betul. Haihh. Lama juga la bau makanan. Hahaha. Alhamdulillah, dapat juga tidur. Tapi bila terjaga ingatkan sampai dah sebab rasa tidur dah lama sangat sampai sakit tengkuk badan semua. Apa pun suami juga tetap tidur nyenyak. Waktu tu tak bosan dah sebab dah nampak awan, laut dan pulau pulau kecil.

Gunung berapi di Pulau Bali dapat dilihat dengan jelas.


Pemandangan kawasan Lombok Utara yang mengalami musim kemarau pendek.

Pemandangan kawasan Lombok Barat yang mengalami musim kemarau panjang.

Untuk pengetahuan kalian, Kepulauan Lombok mempunyai dua musim sama macam di Malaysia. Cumanya musim kemarau di Lombok sangat panjang dan cuacanya panas kering sehingga air sungai memang betul betul kering kontang dan mengakibatkan tanah sungai merekah.

  • Bulan Mei - Oktober = Musim kemarau
  • Bulan November - April = Musim hujan dan panas
Touchdown Lombok!


Alhamdulillah selepas tiga jam perjalanan, akhirnya kami sampai juga di Lombok International Airport (LOP) atau Bandar Udara International Lombok Indonesia. LOP ni lagi kecil dari LCCT tau. Kaunter imigresen, tempat ambil bag dan check kastam betul betul dalam satu ruang yang sama. Dan korang kalau pergi sana jangan terkejut bila tiba dekat balai ketibaan ada ramai sangat orang menunggu dan menawarkan perkhidmatan teksi airport atau supir. Macam Tiqa dan suami kena, ada salah seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan teksi airport beliau asyik ikut je kami walaupun suami cakap dah ada orang yang ambil. Last last suami guna taktik tengah on the phone dengan kawan yang nak ambil dan barulah orang tu berhenti dari ekori kami. Heh.

Korang kalau tiba di LOP, tolong cari teksi bluebird vios berwarna biru cair okay samada dalam kawasan airport atau di jalan utama sebab teksi bluebird ni menggunakan meter yang bermula dengan harga 5,500IDR bersamaan RM1.80. Korang boleh click BLUEBIRD untuk mengetahui servis mereka dengan lebih lanjut. Tiqa dan suami tak ambil teksi bluebird dalam kawasan airport, kami decide untuk berjalan kaki sepanjang 1km ke jalan utama untuk naik teksi bluebird yang lain. Heeee. Konon nak rasa cuaca panas Lombok yang tengah musim kemarau tu.

Mercu tanda 1000 masjid yang terdapat di Kepulauan Lombok.

Sepanjang perjalanan ke Teluk Nara dari LOP, lebih kurang setiap 500m akan terdapat sebuah masjid. Masjid ya kawan-kawan bukan surau. Heee. Disebabkan itulah Lombok ni terkenal dengan pulau yang paling banyak masjid dan majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

PETA

Tiqa sertakan peta-peta Pulau Lombok bagi memudahkan perjalanan korang yang berhajat ke Lombok suatu hari nanti.

Peta besar Pulau Lombok

Peta pusat pelancongan Senggigi

Peta Pusat Bandar Mataram

PERJALANAN DARI LOP - TELUK NARA


Perjalanan dari LOP ke Teluk Nara mengambil masa satu jam setengah dengan menaiki teksi bluebird meter dengan harga 261,000IDR bersamaan RM81. Hari pertama ni kami akan ke Gili Trawangan yang merupakan satu pulau tumpuan pelancong. Review blog yang Tiqa baca, ramai cakap kalau pergi Lombok tapi tak ke Gili Trawangan maka tak lengkaplah percutian ke Lombok macam tu lah.


Dua orang budak excited wefie di Teluk Nara. Walaupun Teluk Nara ni dekat dengan kawasan perkampungan tapi tak nampak pula ada budak budak kampung mandi pantai.

Untuk ke Gili Trawangan ada dua alternative iaitu : 

  1. Menaiki bot tambang di Bangsal bersama penduduk kampung yang mengambil masa selama setengah jam dengan harga tambang yang murah 
  2. Menaiki speedboat yang hanya mengambil masa selama 10minit dengan harga tambang yang agak mahal. 
Tiqa dan suami decide untuk naik speedboat walaupun tambang agak mahal sebab nak cepat sampai. Nama pun excited kan. Heee.



Harga tiket Aisyah Speedboat Teluk Nara - Gili Trawangan – Teluk Nara untuk dua orang adalah 800,000IDR bersamaan RM248.


 Disana cuaca memang sangat panas sebab tengah musim kemarau, cumanya masa kami naik bot, kawasan Lombok Utara sudah kelihatan mendung macam nak hujan. Sebelum naik bot, memang wajib la bagi kami berdua untuk membeli sebotol 1.5L air mineral dengan harga 10,000IDR bersamaan RM3. Alhamdulillah, untuk pergi ke Gili Trawangan kami dapat menaiki speedboat yang agak besar muat dalam 10 orang macam tu. Tapi yang naik tak sampai 10 orang pun sebab tak ramai waktu kami tiba di Teluk Nara. Sebelum tiba di Gili Trawangan, bot transit di Gili Meno untuk turunkan penumpang. Jadi jakun kejap la bila tengok air pantai jernih sangat. Cantik. Nampak dasar pantai tu, pasir putih putih dalam air. Memang cantik! 
Usai sampai di jeti Gili Trawangan, suasana macam perkampungan kecil sebab ramai sangat orang dengan pelbagai bangsa, agama dan budaya. Kalau booking hotel yang jauh dari jeti, haruslah naik kereta kuda padi. Ada banyak sangat kuda padi dan kuda kuda tu akan dipakai loceng supaya didengari oleh orang pabila ia berlari.

Kereta kuda padi. Cantik rambut depan kuda padi ni. Siap tutup dahi lagi. Hihihi.

Kami tak naik kereta kuda pun sebab suami dah booking hotel dekat dengan jeti, so kami hanya jalan kaki ke hotel. Untuk hotel di Gili Trawangan, suami Tiqa booking hotel dekat Agoda.com. Bayar online siap siap apa semua. Sampai sana terus check-in.

TEMPAT PENGINAPAN

Di Gili Trawangan terdapat pelbagai jenis hotel dari harga yang murah sehinggalah yang betul betul mahal. Hotel atau villa yang mahal memang tempatnya sangat sangat cantik. Hotel yang murah pun biliknya cantik cantik dan selesa juga cuma kawasannya padat je la.

Kami menginap di hotel yang simple, selesa dan bersih iaitu di

Deluxe double room
One night
Two person
RM244.81
Hotel yang kami tinggal ni kalau tengok dari jalan masuk macam tak menarik langsung. Kaunter dia pun kecil je. Tengok keadaan sekeliling rasa macam hotel bajet walaupun ada swimming pool. Tapi servis dia tiptop walaupun masa check-in dia hidangkan air oren sejuk dan terpaksa minum berdiri sebab tak ada kerusi. Huhuhu. Tir Na Nog Hotel ni cuma ada dua puluh bilik sahaja dan bilik kami adalah bilik yang ke dua puluh dan yang paling hujung. Hehehe. Tadi rasa macam hotel bajet kan, sekali bila masuk ruang bilik dua puluh tu masyaAllah, cantiknya lahai. Ada macam pintu gate kecil, pastu ada pokok pokok hijau, ada tempat lepak sebelum masuk ke pintu bilik dan tandasnya tak ada bumbung. Memang lain dari yang lain. Tandas open kot. Hahaha. Bilik dia cantik, luas dan yang penting ada kelambu gituh. Nah Tiqa belanja gambar bilik.

Gambar ihsan dari Agoda. Yang ada bidai tu la tempat reception hotel ni. Nampak simple je kan.
Gambar gambar bilik pun tak ambil banyak sebab memasing dah excited sangat nak naik basikal keliling Gili Trawangan.
Katil memang selesa, kemas, dan bersih.

Tempat mandi memang tak ada bumbung. Open okay. Disediakan juga syampu dan sabun mandi disitu. Pokok bunga juga ada untuk dijadikan sebagai hiasan dibilik mandi.

Walaupun tandas jenis tak ada bumbung ianya tetap bersih. Tenang je.

Bilik no.20. Memang bilik paling hujung.

AKTIVITI DI GILI TRAWANGAN

Petang tu kami sewa dua buah basikal untuk satu hari dengan harga 100,000IDR bersamaan RM31. Naik basikal pusing satu pulau. Seronok! Kebanyakkan pelancong dekat situ semua sewa basikal, cuma jangan terkejut bila nampak ramai mat salleh perempuan bawa basikal pakai bikini je okay. Hihihi.
Letih juga kayuh basikal keliling pulau sebab tak semua jalan rata. Ada berpasir, ada berlopak. Untuk pusing satu pulau mengambil masa dalam satu jam 30 minit perjalanan sepanjang 7km dipesisiran pantai. Mana yang kami rasa nak stop, kami stop bergambar. Lagipun waktu tu dah agak petang juga la. Tiqa belanja gambar gambar ya.

Ini dekat kawasan pekan kecil Gili Trawangan. Dekat area jeti ni ada banyak hotel juga cumanya memang penuh dengan pelancong pelancong asing yang bebas memakai bikini kemana sahaja. Huhuhu.

Villa Julius antara hotel yang jauh dari pekan kecil Gili Trawangan. Walaupun jauh ada saja orang yang menginap disitu.

Ini adalah kawasan pantai Ombak Sunset iaitu kawasan pantai yang juga menjadi tumpuan para pelancong untuk tengok matahari terbenam. Ala pantai yang ada buaian tu cumanya waktu ni air surut. Bila ambil gambar tak nampak cantik sangat pemandangannya. 

Siap ada bentuk love yang dibuat dari daun kelapa lagi. Kreatif!

Waktu air surut boleh la jalan pergi tengah tengah pantai. Cuba kalau air pasang, comfirm duduk tepi pantai tengok dari jauh je makcik pakcik dua orang ni.

Haaaa. Jernihkan airnya. Jakun juga bila tengok air pantai jernih sangat macam ni. Geram.

Itu pulau Lombok. Nampak je macam dekat. Hakikatnya boleh tahan jauh juga tu. Nampak tak tempat macam ada rumpai rumpai hijau tu. Haa. Kalau pijak situ kawasan tinggi sikit la. Kalau pijak tempat putih berpasir tu dalam sikit je.  

Orang tengok sunset dekat Ombak Sunset sepatutnya. Tapi kami tengok dekat pantai lain. Dah dekat dengan pekan kecil Gili Trawangan.

Untuk pengetahuan kalian, di Gili Trawangan ni ada kaunter kaunter kecil yang menyediakan pelbagai pakej seperti :
  • Komodo Trip
  • Mount Rinjani Tracking Tour
  • Scuba diving
  • Island hopping
  • Snorkelling
MAKAN MALAM

Untuk dinner, kami puas fikir nak makan apa sebab dekat pekan kecil Gili Trawangan ni kami tak tahu makanan bergoreng yang dijual halal atau pun tidak. Puas juga ke hulu ke hilir jalan kaki tengok semua kedai makan ada jual apa. Perut lapar bila nak fikir banyak pun tak dapat idea, last last kami decide makan seafood dekat The Beach House Resort. Tempat makan ni dua tingkat. Kami makan dekat tingkat bawah sebab atas full. Istimewanya The Beach House ni tempat makan dia menghadap pantai dan memang betul betul turtle point dekat situ. So sambil makan boleh la tengok tengok turtle dekat tepi pantai.

 Side dish untuk seafood di The Beach House ni boleh ambil dan tambah sesuka hati sebab ianya tak dikenakan sebarang caj. 

 BBQ Beef Kebab 120,000IDR bersamaan RM38 
 BBQ Seafood Kebab 120,000IDR bersamaan RM38 
 BBQ Whole Snaper 360,000IDR bersamaan RM113.40 (ikut berat ikan)
Tempat makan ni sebenarnya dalam keadaan malap konon romantik la. Disebabkan kami nak ambil gambar, mereka cerahkan lampu sekejap then malapkan balik. Satu air tin harganya 20,000IDR bersamaan RM7 So, total makan malam sahaja 660,000IDR bersamaan RM205. 

Makanan dekat Gili Trawangan memang mahal berganda ganda dari Bandar Lombok. Kalau sesiapa yang berhajat nak ke Gili Trawangan boleh la plan sebaik-baiknya lagi lagi mengenai bajet.


Haa. Lagi satu nak pesan siapa yang nak datang Gili Trawangan dan menginap di Tir Na Nog Hotel mohon bawa la baju seluar tudung yang tak perlu di iron. Sebab nanti menyesal macam Tiqa asyik kena pakai baju sama je satu hari suntuk. Hotel tak ada sediakan iron pun. Nasib baik duduk situ satu malam je. 

Sebenarnya kan Gili Trawangan ni banyak sangat open pub lagi lagi dekat area jeti. Situ memang berderet deret pub. Dan boleh dikatakan semua kedai makan dekat Gili Trawangan ada serve minuman keras. Waktu malam memang semua pub dekat situ bising pasang lagu kuat kuat dengan pelancong pelancong asing yang memang enjoy menari, main game, minum sampai mabuk muntah muntah apa semua. Walaupun suasana bising, semua tu tak akan dengar bila masuk bilik sendiri walaupun dekat je bilik kami dengan tempat hiruk pikuk tu. Untuk siapa yang bawa family datang ke Gili Trawangan untuk bercuti, better pilih hotel yang jauh dari pekan kecil Gili Trawangan. 

Rates IDR-RM Tiqa ikut currency tahun 2015 ya sebab Tiqa pergi Lombok tahun lepas. Harga tahun ni mungkin berubah mengikut perkembangan semasa. 

And yeayhhh selesai dah trip hari pertama di Gili Trawangan. InsyaAllah dalam masa terdekat ni Tiqa akan post new entry untuk hari ke-dua percutian ke Lombok pula. 

Thank you for reading!

Tuesday, October 27, 2015

Persiapan Percutian ke Lombok Indonesia

Assalamualaikum and Hye semua
Lama betul menyepi dan tinggalkan blog dengan entry celebrate birthday anak buah empat bulan yang lepas. Huhuhu.

Alhamdulillah, hari ni dapat juga curi curi masa untuk update entry percutian empat hari tiga malam ke Lombok Indonesia. Yeayyy. Masa plan nak ke Lombok, suami ada bagi lagi dua pilihan lain iaitu Langkawi dan Phuket. Teringin nak pergi Langkawi sebab duk terbayang cable car dengan chocolate. Tapi masa ni Langkawi cuaca tak elok sebab jerebu. Suami pula teringin nak pergi Phuket, sana seronok katanya. Bila suami tanya nak ke mana, Tiqa pun tanya balik soalan yang sama pada suami. Hihihi.

Bila fikir Lombok, Tiqa tahu Lombok ni tempat jejaka sana culik gadis melayu sini bawa lari sana, kahwin and tup tup dapat anak. Haaaa. Dengar pun macam tak best tu yang tak berminat nak pergi. Hehehe. Tapi bila google sana sini pasal Lombok, banyak juga orang pergi bercuti sana. Memang terpegun juga tengok gambar gambar tempat menarik dekat Lombok. Orang kata baik pergi dekat tempat yang kita tak pernah pergi kan. Sekurang-kurangnya ada juga experience pasal tempat tu bila ada orang bertanya atau bercerita kan.



Bila dah beritahu suami, suami pun berminat nak ke Lombok, kami pun decide Lombok la tempatnya. Sebelum pergi Tiqa pun gigih study and catit itu ini tempat tempat menarik di Lombok termasuk juga blogwalking beberapa blog yang ada review entry mengenai hotel, makanan dan sebagainya di Lombok sebab Tiqa dan suami pergi tanpa ikut pakej mana mana agensi pelancongan. Tapi itu lah catit je lebih, dah sampai LOP, baru teringat buku tertinggal dekat Malaysia. Maka ber huhuhu la Tiqa dan suami. Hahaha

 Ehem. InsyaAllah, Tiqa akan cuba share secara details sebaik boleh start dari preparation, aktiviti, tambang teksi sewa basikal private car & motor semuanya sampai la hari terakhir di Lombok.

Nama pun plan last minit kan, so beli tiket pun sepuloh hari sebelum pergi Lombok di AirAsia.com. Flight dari Malaysia yang ke Lombok International Airport (LOP) adalah AirAsia sahaja kerana airportnya yang bersaiz kecil.

Harga tiket flight agak mahal sikit la dari booking awal dua tiga empat lima bulan. Ini harga tiket untuk Tiqa dan suami. Harga tiket juga berbeza bergantung pada tempoh tarikh booking yang korang pilih lagi lagi kalau AirAsia buat special promotion, memang berbaloi. Heeee.

   Tiket flight AirAsia KLIA2-LOP-KLIA2 for two person
+ Airport tax
+ KLIA2 fees
+ GST
+ Travel protection for two
+ Processing fees for two
+ Checked baggage 20kg
= RM1400.00

Untuk pengetahuan korang, AirAsia menawarkan penerbangan dua kali sehari ke Lombok (LOP) dari Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2). Perjalanan mengambil masa selama tiga jam

·         Departure time (KUL-LOP) :
a)    Pagi : 08.35am
b)    Petang : 15.35pm


·         Return time (LOP-KUL) :
a)    Tengah hari : 12.15pm
b)    Petang : 19.15pm



Untuk mendapatkan promosi lebih lanjut dari AirAsia, sila layari website AirAsiaPromotion.com =)





Hotel pun kami survey di Agoda.com dan di AirAsiaGo.com. Pagi petang malam suami gigih survey hotel hotel menarik dan berpatutan dengan bajet. Bila berkenan dengan satu hotel, kami cari pula review hotel tu dari tourist lain yang pernah menginap disana samada bagus atau tidak sebab gambar gambar yang ditunjuk semuanya gambar bilik, katil, toilet dan pemandangan dari bilik tersebut. Biasala kalau nak bercuti mestilah nak cari hotel yang selesa walaupun hanya untuk tidur malam kan. Harga hotel Tiqa akan masukkan di next entry. =)

Preparation sebelum bercuti paling liat nak buat adalah packing pakaian. Lagipun suami awal awal dah pesan nanti bawa bagpack je. Tak payah nak bawa luggage besar besar. Hahaha. Sehari suntuk juga duduk hadap pakaian fikir nak bawa pakaian apa untuk hari khamis jumaat sabtu. Dah jumpa pakaian, fikir pula nak match dengan tudung warna apa. Hahaha. Perempuan perempuan. Suami senang je capai capai pakaian, settle. Huuuu. Kalau boleh pakaian tu bawa sepasang yang boleh pakai dari pagi sampai ke malam untuk satu hari. Jimat and tolong bawa baju dan tudung yang tak perlu iron. Kalau tak nanti menyesal macam Tiqa. Hahaha. Pakaian yang pakai masa bertolak dari Malaysia, Tiqa terpaksa pakai sampai dua hari gara gara hotel dekat pulau tak ada iron. Huhuhu. Lagi satu jangan lupa bawa sport attire atau pakaian yang sesuai untuk masuk hutan pergi tengok air terjun atau panjat Gunung Rinjani okay.

Bila bercuti dekat pulau dan pantai comfirm la kena bawa sunblock, kalau tak bawa memang gelap kulit.  Hihihi. Barang barang lain bawa macam biasa la toiletries apa semua tu kalau tak bawa nanti nak gosok gigi mandi semua guna apa kan. Towel tak perlu bawa sebab hotel dah sediakan. Ringan sikit bag. Tiqa sarankan supaya korang pakai sport shoes yang selesa sebab dekat Lombok tu comfirm akan banyak berjalan sana sini. Ahaaa selipar pun jangan lupa bawa tau.

Kalau bercuti dalam Malaysia memang tak perlu fikir pasal makanan sangat sebab senang nak dapat. Macam Tiqa memang jenis cerewet sikit bab makan walaupun Lombok tu ramai orang beragama islam. Memang banyak je orang Lombok jual makanan tepi tepi jalan, tinggal selera dengan tak selera je nak makan. Untuk menyelamatkan diri, dekat Malaysia, suami beli roti, chocolate and biskut siap siap buat alas perut kot kot terlalu lapar nanti dekat Lombok tu. Hehehe.

Okay itu sahaja yang nak share untuk persiapan ke Lombok. Jumpa lagi di next entry. 
Byee!!!

Monday, June 22, 2015

Firash Haiqal's Birthday | Entry Bergambar

Assalamualaikum


Alhamdulillah sudah masuk hari ke lima umat Islam di Malaysia menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia ini. Mohon semua masih kuat dan bertenaga untuk berpuasa sehingga ke hari duapulohsembilan ya, InsyaAllah aminn.

Dan Alhamdulillah juga buat anak buah pertama, Firash Haiqal yang telah genap umur lima tahun limapulohenam hari yang lalu. Yeayyy! Maksu is happy sebab Firash dah besar dah boleh mula pergi sekolah walaupun hakikat sebenarnya umur enam tahun baru nak masuk tadika. Maksu happy juga sebab Firash dah pandai berdikari buat apa sahaja cuma biasa la mengada ngada sampai naik geram dibuatnya. Hehehe. Lumrah seorang kanak kanak kan.

Dulu masa umur setahun dua tahun buat majlis harijadi biasa biasa je sebab Firash cucu pertama dalam family dan memang masa umur setahun tu, anak buah ke dua baru berapa bulan la sangat nak join celebrate sekali kan. So sekarang, haaaa Firash ada empat orang sepupu yang dah boleh join terlompat lompat terjerit jerit untuk celebrate birthday sesama. Yeayyy. Maksu is happy again. Hiks. 


Dalam lima org sepupu yang ada, mereka bertiga saja la yang boleh jadi geng main masak masak, main mak mak, main tembak tembak. main pondok pondok, main cikgu cikgu semua. Sebab lagi dua orang sepupu tu nak kata baby tak ada la baby sangat cuma masih tak berapa faham apa yang abang abang dan kakak ni katakan. 



Ini Sahal Najla berumur lima tahun. Badan lagi kecil dari umur. Seorang yang sangat sangat pemalu.



Ini Muhammad Harraz berumur tiga tahun. Harraz dengan Najla memang sama besar tapi Harraz besar sikit je la dari Najla.



Ini Sahal Nufayl adik kepada Sahal Najla yang berumur dua tahun. Adik lagi besar dari kakak. Hehehe.



Ini anak buah yang ke lima yang sama date of birthday with his maksu. Namanya Haaeyl Aysar. Empatpulohdua hari akan datang genaplah umurnya setahun. 

Okay.



Majlis harijadi ini kami sekeluarga meraikan harijadi Firash Haiqal dan Muhammad Harraz. Konon nak share satu cake untuk dua orang akan tetapi anak buah berdua ini yang sorang ni awal awal dah request nak police car cake dan lagi sorang request cake lori sampah yang siap ada sampah ulat ulat semua sebab dia addicted sangat sangat tengok lori sampah. Akan tetapi kakak ipar, Kak Nadzifa tak ada idea nak buat cake lori sampah maka terhasil la satu cake yang ada KLCC, KL Tower dan bangunan yang seangkatan dengannya di tepi tepi cake dan ada juga tambahan Ultraman melawan Dinasour di atas cake tersebut. 



Disebabkan majlis jemputan hanya ahli keluarga sendiri maka semuanya kami bersama sama berganding bahu menyiapkan pelbagai juadah dah dekorasi yang paling simple untuk kekanak riang ini. Belon tiup sendiri. Banyak memang banyak. Guna pam pun lambat. Last last tiup je la belon guna tenaga masing masing. Banyak yang meletup dan banyak juga yang sempurna. Meja letak cake dan semua tu ambil meja dekat ruang tamu bawa keluar. Letak cake atas meja. Belon gantung gantung dekat belakang tu idea ibu. Ibu excited sangat nak celebrate birthday cucu. Heee. Makanan ibu dan kakak kakak ipar yang sediakan. Memang makanan sediakan yang simple sebab ada cake kan. Takut tak termakan pula kalau buat makanan yang berat berat. Dan topi birthday, ribbon besar, birthday shades, tempat tiup tiup yang keluar bunyi dan akan bergulung balik kalau tak tiup tu dan juga spray apa benda entah nama yang keluar macam tali tali halus dengan yang kluar macam kertas warna banyak banyak tu semua kakak yang beli. Yeayhhh. Dan macam biasa maksu juga la manusia paling happy dan excited. Hahaha

Everything settel dan semua excited nak start majlis tup tup ayah pula tak ada rumah tetiba. Padahal selang beberapa minit sebelum tu ayah memang ada rumah. Hahaha. Semua kelam kabut cari ayah sampai Tqa pun apahal entah pergi semua bilik cari bawah katil. Kahkahkah. Tak masuk di akal la ayah tetiba nak sembunyi tempat tempat macam tu. At last abang pergi surau and nampak ayah tengah bersihkan surau. Adoiii. Sempat lagi ayah ni tau.



Bila semua dah ada dan akhirnya Birthday Party pun bermula dengan gembiranya. Yeayhhh. Nak celebrate birthday dua orang je tapi Najla pun for sure nak join tiup lilin sekali, come on Najla dengan Firash bersfriend forever and ever kott. Memula agak riuh juga la sebab kanak kanak kan ada yang nak pegang cake, ada yang nak ambil car, ada yang nak ambil dinasour bagai dan ada juga yang nak tiup lilin tapi padamnya tidak, air liur je yang lebih keluar. Hahaha. 

Okay.

Nah, belanja gambar banyak banyak.




















Cerita dia birthday dua orang saja tau tapi semua cucu dapat hadiah masing masing. Yang lagi tiga orang tu agaknya hadiah birthday in advance kot. Heeee. Kecil kecil rajin la orang nak bagi hadiah harijadi, cuba dah besar nanti, bukan takat hadiah tak dapat, tarikh birthday pun orang lupa. Hik.









Perkara paling susah sangat nak dapat adalah ambil gambar satu family complete selain di hari raya. Al maklum la abang abang kakak semua dah berkeluarga, memang susah la nak berkumpul ramai ramai macam ni pada hari biasa. Tapi Alhamdulillah dapat juga ambil gambar semua ada walaupun pada mulanya ayah tak nak. Hehehe. 




Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semoga event sebegini dapat mengeratkan hubungan kami sekeluarga.

InsyaAllah aminn.

Salam Ramadhan Al Mubarak dari kami sekeluarga
Related Posts Plugin for Blogger